assalamualaikum :)
I nak share sedikit tazkirah kat korang suma. insyaAllah. hayatilah~
Sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga petanda orang munafik: apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkirinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.”
Disini jelas dan tidak diragui lagi sikap seorang munafik yang digambarkan oleh hadis Rasulullah s.a.w itu. Munafik – hipokrit (hypocrite: who are outwardly Muslims but inwardly unbelievers), membawa symbol ketidakjujuran seseorang terhadap agama Islam yang dianutinya. Percayalah, tiada tempat untuk orang munafik di syurga kelak.
Begitulah, jika seseorang itu tidak jujur, ‘lari’ daripada tanggungjawab, terlalu banyak alasan, bercakap di mulut lain dengan dihati, maka tiada syak lagi bahawa jiwanya mesti dicuci dengan pencuci hipokrasi yang berjenama….iman J
Bagi kita yang memegang amanah Islam, andainya mempunyai kenalan sama ada saudara mara atau sahabat handai yang mempunyai sifat itu dengan jelas, maka kewajipan untuk kita melunaskan amanah dengan memperingatinya akan seruan amal kebajikan. Jika lota gagal melakukannya, maka kita juga telah mengkhianati dan memungkari amanah yang diberi sebagai seorang Muslim.
Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik r.a. Nabi s.a.w bersabda yanh bermaksud: “Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji.”
Ingatlah, sebanyak mana pun ibadah yang ditunaikan, sebanyak mana pun ilmu yang dituntut, dan sebanyak mana pun kebaikan yang dicurahkan, andainya semuanya itu dengan nyatanya untuk menunjuk-nunjuk maka amanah sebagai seorang Muslim hanya tinggal harapan. Nauzubillah.
Perolehkan sifat yang baik serta dengan niat suci agar kita berikhtiar bersama menyampaikan hanya yang baik-baik (bermanfaat didunia dan diakhirat) dengan saling memperingati. Dengan izin Allah s.w.t kita mengharap rahmat atas ilmu yang dikurniakan sehingga dapat merealisasikan amanah yang diberi. insyaAllah. Aminn~